• Main
  • News

Kek Coklat Moist Noxxa

Kek Coklat Moist Noxxa

Kek Coklat Moist Noxxa ????

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan A :
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

Bahan B :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Cara - Cara :
1. Blend Bahan A lebih kurang 5 minit
2. Campur Bahan A & B. Gaul sebati.
3. Masuk adunan dalam periuk noxxa. Steam 30. Tombol release wap.

Alhamdulillah, Tq sis Rose Eusoff atas perkongsian ilmu tadi. ????

Cara saya handle kek moist begini:

Step 1 : masak kek guna steam 30. Tombol release. Bermaksud dalam keadaan bebaskan wap.

Step 2 : kek dah masak, otomatik ke mode warm. Jadi biarkan 10 minit. Tanpa buka penutup.

Step 3 : buka penutup periuk noxxa. Off suis. Keluarkan pot letak diluar. Tutup dgn tudung saji yg berlubang tu, utk elak lalat ke apa dtg ceroboh.

Step 4 : selepas 20-30 minit baru la selesa & yakin sikit nak keluarkan kek dari pot noxxa tu. Ambil pinggan terbalikkan. Inshaallah, xmelekat dan kek xpatah atau terjejas. ????

Step 5 : bole letak topping apa2 yg kita suka. Then masuk peti ais. Siap. ☺️

Semoga bermanfaat dari sedikit perkongsian ini.

Kredit: Atikah Mahmud