• Main
  • Gallery

Sape Suka Makan Popia Vietnam ?‍♀️?‍♂️bagi Yang Nak

Sape suka makan Popia Vietnam ?‍♀️?‍♂️Bagi yang nak Eat Clean Menu memang sangat2 lah sesuai. Ok sini sha kongsikan resepi Homemade Sos yang sangat letopps kegilaan ramai. Popia ni bergantung pada sos, kalo sos tu kena dengan selera tekak kita maka sedaplah dimakan.. tahap masam manis masin boleh adjust ya ikut kesesuaian.

Bahan sos:

3 ulas bwg putih cincang halus
5 cawan air
1 keping gula melaka
1 sb tepung jagung (kacau dgn sedikit air)
5 biji cili padi (potong kecil)
3 senduk kecil sos plum
3 senduk kecil sos cili thai
1 senduk kecil jus limau dlm botol
1 1/4 cawan gula pasir (suaikan ikut citarasa)
2 sk garam
1 sk secukup rasa
Bijan putih secukupnya
Daun ketumbar secukupnya

Cara2

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung.
2. Dah mendidih masukkan tepung jagung. Kacau sehingga nampak sedikit pekat.
3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.

Selamat mencuba???

By: Shahirah Shikin

Jangan Lupa Share!
Sound On ?

#sharaliciousbakehouse