• Main
  • News

Kudapan Di Senja Hari.

Kudapan Di Senja Hari.

Kudapan Di Senja Hari.

Yok la kita kongsi-kongsi acara latihan mulut dan menguji kekuatan gigi.

Satu lagi...mana tahu menjadi sumber pendapatan di musim-musim begini. Atau bertambah lagi income dibulan puasa.

KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH.

● 1 kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit. Ada dijual dipasar raya/kedai runcit. - dibersih dan toskan
● 2 sudu makan baking powder - untuk merangupkan kacang dan cepat garing.
● 4 ulas atau lebih bawang putih - ditumbuk
● 1 - 2 sudu makan ketumbar - ditumbuk
● Garam
● Stock ikan bilis-( jika suka )
● Serbuk lada hitam
● Air
● Bawang putih tambahan - dihiris
● Daun kari
● Lada kering - hiris
● Minyak

CARA:

1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder.
2. Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit
3. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.
4. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering.
5. Masukkan minyak Goreng kacang dengan memainkan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
6. Gaulkan bersama stok ikan bilis dan serbuk lada hitam. Terpulang atas masing2 untuk merasakan kesesuaian kesedapan...SIAP!

Cc : Angah Izan
#BIKMM

~ SELAMAT MENCUBA ~