• Main
  • News

Penyediaan Kek Tarik Duit!

Penyediaan Kek Tarik Duit!

PENYEDIAAN KEK TARIK DUIT!
.
Bahan yang diperlukan:

1) Kek span vanila / coklat
2) Duit Kertas (Bergantung pada customer nak letak berapa keping note samada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100)
3) Plastik Kecil untuk masukkan duit
4) Straw Kertas / Lidi Sate Tebal
5) Topper 'Happy Birthday'
6) Gunting
7) Saletip
8) Money Box, ada pelbagai saiz (Optional, xde pun xpe)
Boleh beli di Shoopee, cari yang ada sekali dengan plastik duit senang. Sis tak guna box yang ni sebab kek kecik je saiz 5 tak muat besar box pada kek. Sudahnya kek dapat makan sikit je ????

Cara:
1) Sediakan kek lebih awal.
2) Masukkan duit ke dalam plastik. yang ni sis gunakan 2 jenis plastik 1 plastik yang dah sedia ada dalam money box, lagi 1 plastik yang dah sedia ada kat rumah. Yang ni customer request nak letak 30 keping duit RM1. Dalam money box tu ada 20 plastik je, sis tambah lagi 10 plastik daripada money box kedua. Plastik duit ni boleh beli asing2 jugak di Shopee.
3) Cantumkan duit tadi dengan saletip dan ulang proses yang sama sehingga habis.
3) Ambil straw dan potong sedikit lebihan tepi kiri dan kanan angaran yang dikehendaki ikut saiz kek.
4) Mulakan proses menggulung duit. Pastikan gulungan tidak longgar.
5) Lekatkan 'Topper Happy Birthday' pada plastik duit bahagian atas sekali. Tapekan dengan kemas supaya tak tertanggal bila ditarik nanti. Kalau guna set Money Box biasanya dah disediakan 1 stick untuk pull out money. Kalau xde boleh D.I.Y sendiri macam ni je.
6) Sediakan krim kek samada fresh cream / butter cream.
7) Potong kek ikut keluasan gulungan duit tadi. Kek yang dipotong jangan buang pulak. Simpan untuk tutup kat atas nanti, kalau ada lebih lagi boleh masukkan bekas kecil layerkan sikit krim untuk bagi kat customer as a gift sekali dengan kek tu nanti.
8) Pastikan ada space yang sesuai supaya duit tu dapat ditarik dengan elok nanti. Maksudnya potong kek tu lebih sikit daripada saiz asal gulungan duit. Yang ni kek paling kecil, so memang nampak sikit jela keknya lepas dipotong. Kek ni sis tak potong habis, layer paling bawah tu tak potong. Potong layer 1, 2 dan 3 sahaja.
9) Make sure potong kek dulu ya baru di sapu krim setiap layer. Part ni paling mencabar sikit. Kena hati2 dan bersabar masa nak angkat kek satu per satu supaya tak putus.
10) Cadangan sis, kalau nak buat kek tarik duit prefer sangat buat kek yang saiz besar bermula 7 inci dan ke atas supaya senang kita nak handle. Maybe Customer pun puashati dapat makan kek banyak ????
11) Memandangkan sis tak letak money box, so kat bahagian dalam kek yang dah dipotong tu sis letakkan plastik dekat keliling lubang supaya krim tak melekat pada gulungan duit tadi. Rujuk gambar kek yang dah dipotong. Potong lebihan plastik yang ada.
12) Masukkan duit + stick topper ke dalam kek.
13) Tutup lubang dengan kek.
14) Sapu krim dan bolehlah hias ikut kreativiti masing-masing.

Selamat Mencuba ✌
By: Shahirah Shikin