
RESEPI JEMPUT MALAS
Kalo kat kelantan bulan puasa camni malam malam mesti ada colek. Tak kira lah colek buah ke, colek ayam ke, jemput malas ke.
So harini rina tunjukkan resepi jemput malas. Nak taruk udang boleh nak taruk ikan bilis pon boleh.
Bahan bahan
2 cawan tepung gandum
Udang
Daun bawang (hiris)
Bawang besar (potong dadu)
Secubit garam
Pewarna kuning
Air
Yis 2 sudu
Masukkan 2 sudu yis ke dalam air suam. Bagi dia berbuih.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, yis yang telah direndam bersama air suam, udang, bawang, daun bawang, garam, pewarna dan air. Kacau rata.
Adunan diperap selama 1-2 jam. Bagi naik. Pastu boleh goreng.
Pastu cicah dengan Sos. Terbaik lah.
Kredit: Aneka Resepi Sedap