
Resepi Ayam Masam Manis
Bahan-bahan (ayam):
✅ 3 sudu besar tepung gandum
✅ 2 sudu besar tepung jagung
✅ ¼ cawan air
✅ Garam
✅ Lada sulah
✅ Dada ayam
Bahan-bahan (sos masam manis):
✅ 3 sudu besar sos tomato
✅ 2 sudu besar sos cili limau
✅ 1 sudu besar sos tiram
✅ 1 sudu besar gula
✅ 1 sudu besar cuka
✅ 1 susu besar tepung jagung
✅ ¾ cawan air
Bahan-bahan selebihnya:
✅ 1 biji bawang kuning
✅ 3 ulas bawang putih
✅ 1 biji lada benggala
✅ 2 biji cili merah
✅ ¼ cawan kiub nanas
✅ Lada sulah
Cara-cara:
1. Gaul kesemua bahan salutan ayam.
2. Dalam mangkuk yang lain, gaul kesemua bahan sos masam manis.
3. Goreng ayam yang disalut hingga keemasan.
4. Kurangkan minyak sedikit dan dan tumis bawang kuning dan bawang putih.
5. Masukkan lada benggala dan cili merah.
6. Masukkan campuran sos dan masak hingga pekat
7. Masukkan kiub nanas dan gaul.
8. Masukkan ayam yang digoreng itu tadi dan gaul hingga rata.
9. Masukkan lada sulah dan gaul.
10. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Kredit resepi: Seismik Makan