
Sapa suka makan colek buah thai. Sedap kan dipping sos buah dia. Alhamdulillah dapat resepi 100% homemade org thai buat untuk jual. Lebih sedap dari garam belacan or kuah rojak. Padu dengan rasa masam, masin, manis n pedas. Yang mana jual buah2 boleh buat menu baru tau
RESEPI COLEK BUAH THAI
=======================
Oleh : Cik Mil Neena
Petua nak buah sedap kan. Rendam buah dengan air sejuk berais dan garam.
Serius sedap gila jadi krup krap krup krap.
Pss ada resepi pakai gula melaka bagi saya takkk sedap sb dia manis sgt2 kalu letak byk.
Palm sugar ni dia natural.. sb dihasilkan dari nira pokok kelapa. Tu yang kick punyaaa kalu buat paste menyicah or somtam.
Masakan org thai mmg sedap kan
Bahan2
********
Gula thai dalam setengah bungkus. Refer gambar yg saya bg
Belacan sikit. Nak aroma kaww sila sangai dulu
Sos ikan suku cawan
Bawang merah 3 biji dirincik
Kelapa sangai rm1 sedap yg ni sebab dia bg sos crunchy krup krap krup krap. Saya beli yg dah siap hehe
Garam secukup rasa
Kacang goreng yg diblend or tumbuk
Serbuk cili kering kasar @ chili flakes
Cili hijau or kampung 5-6 biji hiris
Udang kering sikit
Cara2
******
Masak sos ikan dengan gula thai dan belacan.
Buka api slow2 ok. masak sampai nak mendidih tutup api..
Pastu masuk semua bahan2 tadi.
Buka api slow pastu kacau sampai sebati tutup api.
Dia akan jd mcm dlm gambar tu.
Biar sejuk then cicah laaa apa2 buah pun.
Serius buat ni haha laki yg xmakan colek pun makan kalah org pempuan mengidam ???????????? Sila la share..
Kredit: Resepi Viral Terbaik