• Main
  • News

Kerabu Pucuk Paku Kampung

Kerabu Pucuk Paku Kampung

KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk paku.
1 biji santan – bahagi dua ; separuh goreng, separuh diperah ambil santan.
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.

5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika kerabu tersebut sedikit basah.