
Resepi Ayam Goreng Seringgit ❤
Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌
Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6. Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye.
7. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
8. Hidangkan panas-panas.
9. Siapp ????????
*untuk lebih senang.. boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain..
Credit to Diletto Deliciously Crunchy