• Main
  • News

Hasil Dari Pisang Yg X Laku Semalam.. So

Hasil Dari Pisang Yg X Laku Semalam.. So

Hasil dari pisang yg x laku semalam.. So menjadi lah kek pisang from noxxa.. Jimat masa.. Xtakot pun kek hangus. Cukup masa siappp, tinggal nak ngap..????

ATAS PERMINTAAN RAMAI YG MENGGALAKKAN, SY SEDIAKAN RESEPINYA YE ????????:

Jom layan bahan2 dan cara-caranya...senang sangat....tambah2 lagi dengan adanya bantuan dari cik noxxa...terima kasih noxxa

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak atau butter yg dicairkan
4 biji telur
3/4 cawan gula (ikut manis masing2)
Esen vanilla
1 sudu kecil Baking powder
1 sudu1 kecil soda bicarbonate
8 biji pisang emas, kalau pisang besar 4 biji pun dah cukup. saya guna pisang kapas 5 biji, 4 biji di lecek dan 1 biji di potong buat hiasan
Badam flake ** optional
Choc Chip ** Optional
Sedikit garam

Pukul telur blend telur n gula n esen sampai kembang n masukkan minyak
Lecekkan pisang n masukkan soda n garam
Ayak tepung n baking powder

Tuangkan pisang lecek dlm adunan telur
Gaul rata
Masukkn tepung n gaul rata

Tuang dlm inner noxxa n set STEM 20 Minit. Jangan risau atau panik jika sepanjang tempoh memasak periuk noxxa anda berbunyi. Itu adalah normal jika steam tanpa air :)

Kredit: Lin Maslin